Tuesday, December 23, 2008

LOS dolok marek 2


Pic 1. Bergambar di atas air terjun berdepan ngan Parkson kinek tok. Awang Itam pernah terlincir dari tempat tok. Nasib aku dibah sikit dari nya, terus nyambar geruknya sambil berpaut di cable derek. Disitok juak tempat dak grad Uni LSW bermesyuarat agung harian bila ada subject diajar sik suka ngan sidak!!

Pic 2. Pump minyak tok lah banyak diliat sekitar Los dari tahun 60an hingga akhir tahun 70an. Tok jenis ada engine pun. Kamek orang nang pakar tukang stop pump tok. Ulor jak kayu di counter-weightnya, grenti stop. Esok pagi gago dak bapak Bayas/Temon & Aruwah Hj. Bujang Mansor (bapak Chef Lapok/Jali Pomen) ngalih kayu dan start nya lagi.

Pic 3. Pekan Miri dolok marek. Area atas kanan lah playground kamek (Canada Hill). Tengah Kanan tempat urang tua kita Nembiak Los Veteran berkerja dolok.

Pic 4. Nampak Long Jetty? Di pantei tok lah tempat kamek selalu Camping. Biasanya turun, jalan kaki dari Los!, pada petang Jumaat. Pulang petang hari Minggu. Camping sambil mukat. Di pantei tok juak urang tua kamek selalu Makak bubuk bula tiba musimnya.
Posted by Picasa

LOS dolok marek 1

Los awal tahun 70an
Los 1. Gambar diambil depan rumah kamek 70B Jln Gertak Miri. Perhatikan Los Katon di latarbelakang. Kenal ngan Bibot adik Peri Jamil ngan Mak aku? Awas kitak Nembiak Los Empuan. Tok gambar Bibot pakei skirt pendek. Kamal ada simpan gambar nok lain pakei loar Katak ajak!! Awas.


Los Tahun 60an
Los 2. Duak orang Nembiak Los veteran, uncle aku dari Bakam. Gambar tok di Los Katon di Imperial Mall kinek tok. Perhatikan Rumah Manok dibelakang. Masa ya, di Los Katon, Shell ada merik Rumah Manok Free untuk semua rumah Los Katon. Tangar juak tempat jemur kain dipolah dari kayu. Urang kinek tok semua stainless steel jemur kain sidak.

Los tahun akhir 70an

Los 3. Gambar di belakang rumah kamek No.144B Jalan Ungu. Nembiak depan, Jamil adik Sani Bujang. Eli sentiasa Gap Nembiak Tok. Dari kiri belakang; Nembiak duduk atas pagar, Aruwah adik ku Zainal, abang ku Ah Cheng, Roslan (Cousin, Guru silat dari Kuching) & Mak tersayang.
Posted by Picasa

Monday, December 22, 2008

Ibunda Sahabat kita Kamal kembali keRahmatullah.....

Sama samalah kita bersedakah Al Fatihah untuk Ibunda sahabat kita Kamal yang kembali ka rahmatullah malam tadi 22/12/08 jam 12:20. Semoga roh beliau di Rahmati yang Maha Esa disamping diampunkan dosa dosa beliau dan ditempatkan bersama sama dengan para Anbia dan Solehin di akhirat kelak. Amin Amin ya rabbil alamin.....

Thursday, December 18, 2008

West Los United FC

Pic 1. Seorang daripada Full Back handal LUFC, Salim Mohd

Pic 2. Selepas draw 1:1 dengan Wah Shin. Aku sekor...yessss....lalu dapat seringgit dari Hj. Abu.

Pic 3. Lihat rupa pesen D'Lloyd sidak Nembiak Los tok.

Pic 4. Tok selepas lawan di GCM. Kenal semua muka nok Hensem hemsem tok?

Pic 5. Team West Los United FC dan sebahagian dari penyokong Hardcore. Nampak tenang, tapi boleh jadi Rimo bila Players ada hal. Huru hara kenak sidak ya!!!

Sunday, December 14, 2008

West Los United FC

Petang tek cuaca bagus nar, sik ujan, rame urang nangar Buccaneers lawan Belia XI. Hampa juak rasa bila keputusan nya draw, Kosong=Kosong.
Nembiak Los semuanya penyokong fanatic Belia XI sebab majority pemainnya anak anak urang Los juak disokong kuat oleh Aruah bapak Mat Besar/Kecik & Mamut (Aruwah Mahari Hj. Mokti). Kamek nanggar tek dari belakang tiang gol dekat Basketball court di ujung rumah dak Su'ut.
Terok juak rang ninggal Simon kenak boo oleh Nembiak Los, maka nya sik nganok sidak! Nasib ada bang Ramli Lani goalkeeper sidak Buccaneers tek, kalau sik, siap sidak kenak Mat Besar. Kalau reserve keeper nok cina dari bukit ya main tek, nang terok sidak.
Yang aku masih ingat player Buccaneers ialah Goalkeeper bang Ramli, fullback Abong ngan Bujang Morni anak Kak Jijon dan bapak sedara Awang Itam, Mos Taha.
Team Belia XI, Goalkeeper Ahok, fullback Harold Tan, Che Hassim (urang Semananjung), striker Mat Besar, Bujang (kerja material dolok)...ada sorang goalkeeper sedara dak Kamal sik ingat namanya(Man kah?). Aruah Moneng pun main ngan belia kalau sik silap aku.

Di tahun awal 70an dolok, apabila ada lawan bol di Los, tetap full padang Machinda ya. Nembiak Los masih kecik kecik sik dapat nangar bila urang tua tua/besar besar berdiri keliling padang. Sama juak bila hari hari biasa, dalam padang untuk sidak Belia XI ajak main. Jadi kamek urang main sesama sendiri dihujung padang antara basketball court ngan Rumah dak su'ut ajak. Bila perlawanan habis, kamek pun pulang juak, sik tau ujung pun!

Aku sik pasti gilak tahun bila Nembiak Los menubuhkan West Los United FC. Tapi mungkin 1974 kerna kamek engkah nama WEST di depan Los United selepas West Germany menang World Cup tahun ya juak! Idea ya pun dari Jali Buang semasa kamek berborak borak ditepi padang ujung rumah bang Osen. Katanya Los ada dua egek. Sigek diMiri & Sigek diLutong. Nok Miri patut digelar West & Lutong digelar East. Tapi sidak Lutong sik pernah ada nubuh East Los!. Antara pemain pemain yang aku ingat, mula mula ngan Los dolok ialah Jali Buang, Keria Wahab, Rally, Jali Pak Yak (Bob Angin!), Awang, Su'ut dan sik ingat.

Dalam tahun 1976 West Los Utd under 18 ditubuhkan dan jadi Champion Under 18 Miri League tahun ya juak.
Yang aku ingat players Under 18 ialah, Awang Itam (Goalie), Joseph Lee (back), Salim Mohd (back), Nan pendek (back), Rally(Right Wing), Aku, Deden, Katuk(Forward), Latip Osman aka A'em (right wing). Ada dua orang first team & berberapa orang reserve aku sik ingat. Sorry geng, berkarat.....sapa sapa ada main masa ya, angkat tangan tinggi tinggi!!! (sampok lam blog tok).
Selepas ya banyak juak kamek kenak promote ke team senior termasuk aku, Awang, Nan, Salim, Rally & Aem. Joseph Lee lepas ya pergi continue study di England. Dak Katuk, Deden main ngan Equitana sama ngan pengasas nya Aem.

Dalam masa West Los Utd ditubuh, team GEMAS pun ditubuh juak oleh Mat Besar. Team tok campuran ex-Belia ngan ex-Buccaneers dll. Sidak sik pernah ngam ngan Los Utd.
Lain lain junior team pun ditubuhkan dalam akhir 70an macam Brothers Utd, Eagle & Lobo. Sidak Los dibah pun ada molah team Terror nama nya. Sidak tok selalu nya friendly match pada pagi hari Sabtu & Ahad sebab hari biasa padang penuh ngan players Gemas ngan West Los Utd.

Selepas team Gemas berkemas!, Mat Besar, Tamit, Akbar bedul pun join West Los Utd. Antara pemain kamek ialah Jalet, Su'ut, Alim (Back), Tamit (left wing), Aku (right wing), Mat besar, Akbar Bedul(striker), Temon, Geoffery Lucas(centre back), Alex panggung Cathay (mid field), ada nok kerja MMC, lupa nama nya. Later years, Hj. Abu, Siman, Abu Ngap Sayot, Aman dari bukit pun ada main ngan Los Utd.

Selepas West Los Utd sik United lagi, Rally terus retire. Players kamek combine ngan Nembiak Pujut di pimpin oleh Aruwah Bohari Hj. Dolah tapi sidak Pujut sik lama ngan kamek. Time ya sik dapat kenak sikit, lalu nak manas. Satu daripada sebabnya ialah urang kuat ada back-up. Tambah tambah lagi Nembiak Los jadi suppoter dah besar besar dan berdarah gemuroh. Masa tok Nembiak Los & Los united betul betul United. Sine sine pergi main, memang keliling padang Nembiak Los. Pernah sekali West Los United semi final sebanyak 3 kali kena postpone!!. Semi final pertama di Padang MMC, belum sampe 15min, udah refree kena serbu. Semi final kedua di Padang Machinda Lutong, West Los Utd sewa sebuah bus, penuh supporter. Lom sampe 15min, refree Chandran kena serbu. Postpone lagi!. Last sekali semi final dipadang MMC dangan berterak terak Polis ngan Field Force jaga keliling padang! Baru lah aman. Masa ya West Los Utd menang, ya pun Mat besar tahan bol pakei tangan dan terus sekor. Terpinga pinga fullback team Urang Ulu nunggu refree tiup wistle & sik maok ngepong gik tapi refree sik nampak!!

Pada awal 80an, orang orang Shell start berpindah meninggalkan Los sebab area ya dah maok diberi balik ngan Gomen. Shell pun sik nok jaga padang Machinda lagi. Dengan semangat bol masih menebal, Nembiak Los sendiri tebas padang dan mengecat tiang gol Merah/Putih & Tiang gol pertama diMiri berkaler kaler!

Los cermin & West Los United pun hilang lesap entah kesine selepas semua penduduk pindah ke rumah sendiri masing masing.....lebih kurang macam Nasib Commando Palestin bila kem pelarian sidak musnah dan sidak nya berpecah belah sampe ke kinek ari..................di harap semua Nembiak Los jangan jadi macam PLO, jangan sekali kali di putuskan tali siratulrahim sampae kekemudian hari...................teruskan berkontek, berbicara, bertelepon, berblog dan ziarah menziarahi................jumpa lagi..uhuk uhuk uhuk....waaaa........

Thursday, December 11, 2008

universiti Nembiak Los...

......dalam masa kita syok bercerita zaman kita dolok dolok, ada juak cerita pasal tempat kebanyakan Nembiak Los menuntut ilmu sampe dapat hidup berdikari kinek tok. Kita pergi ke Universiti Lau Siew Wai!!!!!!!! Institusi tok ada dua nama nya yang aku masih ingat. Urang tua tua dolok ngelar nya "Sekolah Seluar Itam" atau "Sekolah Pel" (failed kata rang puteh). Banyak juak Nembiak Los laki ngan pompuan menuntut disia hingga ke peringkat tinggi lagi.
Zaman aku berkuliah di U LSW ya, kebanyakan geng dari Los cermin, ada juak dari kampung dagang/wireless dan Los Lutong. Jalan kesia dari Los Cermin terpaksa pakae jalan Pasir di hujung Jalan Bintang dan masuk hutan lok baru sampe Universiti!! Sebelum sampe Jalan pasir ya tek, terpaksa berekot dolok sebab kenak kepong asuk Ah Choi, kurang asam asuk ya, patut juak nya kenak kepung Aruwah Hj. xxx dolok!!. Dari sia lah aku sangka kenapa kebanyakan Nembiak Los terror jadi Commando/Combat dan juak pandei main bol sebab masa sekolah udah terdedah di natural training ground ya!
Senang ajak ngelala Nembiak Los di Universiti ya dolok sebab Nembiak Los turun sekolah pakae kasut Safety!!!! Awang Itam pakae safety boot macam Phua Chu Kang bila hari ujan...
Masa tok Cikgu Kamal ajak masih bekerja dekat ngan kawasan ya. Tapak Universiti ya kinek tok dah jadi kedei belakang Petrol Station aruwah Hj. Salam.

Sunday, November 30, 2008

Me & Lloyd

Kawan lamak sik jumpa di darat tapi terjumpa di tengah Laut Cina Selatan
Posted by Picasa

Saturday, November 29, 2008

Machinda Club Miri.....

Ari tok kita ngabas Apek kelab.......bila kita sampae di kelab, basikal selalunya di sandar kat tanggak atau didindin kelab atau disandar ke tiang bendera! Tengah tengah depan main door sik dapat parking sebab ada motosikal Atoh, motosikal Bogel, Rajak dan geng sidak nya dah parking sia sejak pukul 4:30 PM (lepas pulang kerja! - tok hari biasa tok. Kalau hari 6 & hari minggu memang keliling kelab!). Tau tau lah kitak orang apa kerja sidak ya lam kelab ya. Kita Nembiak Los biasalah, lepak kat tanggak ajak. Kalau Su'ut dah terimak gaji baru dudok rah meja.
Apabila kita masuk pintu kelab, kita terus tertanggar kebelakang. Kita nampak dua pintu, nok sebelah kanan tempat Apek bermasak(Nonyah sik pernah aku nangar nya masak! ingat ndak kitakorang?). Pas ya ada sigek gik pintu belakang nuju ke bilek tidor apek!
Sigek gik pintu kiri tempat apek molah Rojak/Tauhu. Apabila kita pusing ke kiri lagi sikit, kita nangar pintu ke toilet/shower tapi selalu berkunci (tempat apek nyimpan/nginang Labi-labi). Kak ya ada bilit, berkunci juak, dah ya baru kita meliat bilek tempat main bola. (Apabila Pak Bakar/Pak Bol matshah jaga kelab ya kamek selalu main kenen disia!). Masa Apek kelab jaga, urang tua tua ajak boleh main antu sia.
Udah kita meliat sebelah kiri tek, kita pusing kekanan meliat Bar kelab ya. Didalam bar ya ada bilek kecik.(dibilek ya lah Apek terlantar sakit selepas tersungkur ditarik kakinya oleh Nan Tompel-cerita Keria lai tek).
Dibelakang bilek ya lah tempat seorang Jawa yang terkenal diLos masa dolok. Orang tua ya lah yang pernah memulae mulae semua palak orang lelaki Los, baik tua atau Nembiak. Ya lah lagenda Wak Jemani tukang guntin namanya.
Sigek lagi bilek disebelah salon Wak iaitu bilek yang banyak nyimpan rahsia orang laki bini masa ya. Bilek ya tempat sidak main chut. Pernah aku ter jumpa dua bini sidaknya ngamok datang kesia. Bini ne sik manas kalau lakinya tiap tiap hari 6 & hari minggu, main chut dari pagi bertemu ke pagi!!!! ada sorang bini ya madah "apa, nok tok sik nyaman lagik kah, dah berapa hari dah kerin tok" Aku pikir kitak orang tau lah bini sapa nok paling mulut laser masa ya. hehe..
Last sekali bilik belakang adalah public toilet.
Berbalik kita ke Bar tek. Belah kirinya ada talipon coin box. Coin box ya lah sumber duit sen pakae meli rokok batang ngan apek gik!. Caranya, geng lain bergendang mukul meja supaya sik kedengaran bunyi duit gugok semasa sorang geng molah operasi!.
Di belakang tempat talipon ada ice box. Kak ya ada show case didinding. Sebelah kiri show case tempat apek nyimpan liquor dan sebelah kanan tempat nyimpan rokok. Rokok yang paling tepi penjan yalah paling sik selamat!!
Selalu ndak kitak orang terdengar apabila orang order minuman beer ngan nyonyah? Nyonyah selalu tanya balit. "Lu mau itu KisiBug (Carlsberg!) atau Anker?". Dolok selalu juak Nembiak Los ngacho nyonyah. Bila boring boring, berludah ke lantai. Yalah bila nyonyah tau lalu dikepung nya ngan penyapu! "Itu olang memang Kuat Sakit"......itu memang anak.....punya keleja.............

Tuesday, November 25, 2008

Los tempat sidak Kamal.....

Kitak semua diluar ya mungkin hairan kenapa cerita rumah Kamal???. Sebenarnya kawan kawan semua, jangan manas! Sebenar benarnya, Kamal lah meri aku idea molah blog Nembiak Los tok.(refer ngan http://dyoungmixtures.blogspot.com/D Young Mixture Band pun blog). Jadi bagi ngenang jasanya, jangan kembang idong Mal, aku introduce kitak orang sine rumah dak Kamal di tahun akhir 60an hingga tahun 70an. Masa ya kamek sama sama di Sekolah Anchi Malay School dari tahun 1966 hingga tahun 1971.
Rumah nya di Jalan Satok, lebih kurang dekat parking space nok berumput antara Masjid Besar ngan Imperial Mall. Jalan satok ya parallel ngan Jalan Merpati. Kalau sik silap aku rumahnya berdepan ngan rumah mertua aku.
Los sidak ya Los panjang nama nya. Sama leret ngan Los perintah sik jauh ngan rumah Dr Haizam. Rumah dak Lihi, abang Em Scorpion, di ujung sekali dekat workshop bus dolok.
Aku pun sik sure samada Kamal dilahirkan disia juak dan tahun bila sidak pindah ke rumah terakhir sidak, sik ingat aku nama jalannya, tapi sik jauh dari rumah dak Kak Jijon jual ice cream? Tanya lah sendiri ngan nya kelak!!!!! Klinik Shell lama terletak di corner lot leret rumah sidak ya jua. Rumah dak Usop Nawi lat sebuah rumah dari rumah Kamal sementara rumah Nyonyah Sangong di hujung sekali................dari rumah Kamal terakhir ya lah mulanya kamek berkecipung ngan geng los nok sik dapat dilupakan tok...............lain kali cerita lagi.

Sunday, November 23, 2008

penghuni Los perintah semasa masih Los Shell...

Cerita pasal Los perintah, kawasannya dari depan Pos opis kinek tok, ada public garden ya bah..hingga seluruh area Imperial Mall. Kak ya leret kedei dak Draman John, Madli Satay, ada lebih kurang 10 buah rumah sia termasuk rumah Cikgu Nen & Cikgu Abang. (Sapa sapa sekolah Anchi tau ngan cikgu tok - puas jua kamek duak Kamal kenak embat Cikgu ya!!!).

Jadi cerita nya tek, kamek diberanak dikawasan ya lah semasa los ya masih lagi kepunyaan Shell di alamat No 57B, Jalan Bunga Rose, 48 tahun yang lalu...lokasinya lebih kurang antara Kedai Tambi jual murtabak dan Bank BCB. (bangkali ya sebabnya kamek & anak suka makan murtabak kinek tok!!!)
Lepas berberapa tahun keluarga kamek pindah ke Los katon. Rumah kamek betul betul ditapak Kedai Telekom kinek tok!
Orang Shell masa dolok senang ajak kita tau bila sidak kena naik pangkat/promotion. Apabila sidaknya pindah kerumah lebih besar, naik pangkat lah sidak ya! Masa kamek tinggal di Los dolok, ada 4 kali kamek pindah rumah...ertinya 4 kali atau lebih jua lah bapak kamek promoted hingga nya retire dalam group 8. Rumah pertama kamek, tempat aku diberanak. Pas ya Los katon (sik ingat nombor nya), pas ya No 70B, Jalan Gertak (di ujung Persatuan Melanau, sik jauh dari gate depan dewan Suarah - pokok asam dibelakang dapur kamek masih idup sia). Pas ya kamek pindah ke Los cermin, No144B, Jalan Ungu. Last sekali pindah ke No.9B Jalan Bintang (lebih kurang dekat fountain Miri City Fan).
Masa early years pun term pangkat dalam shell (job group) sik sama ngan kinek tok. Rata ratanya kalau COE, di gelar Lebar(General Labour), upas (Office boy) dan ntah apa lagi kamek sik ingat. Ada jua pangkat RS (sik tau apa reti nya). Kalau udah senior staff, digelar pangkat Tuan. Rumah sidak tok detached house. Rumah Tuan mesti lah besar ndak!! Contoh nya rumah dak Hj Reduan, rumah dak Deraman John, rumah Freddy Carroll, rumah Che sayed, rumah AhChoi (asuk nya jaik, kuat ngepong urang) dan lain lain di depan padang Machinda ya. Rumah pangkat Tuan yang lebih tinggi/senior di Piasau Camp (masih sampe kinek tok.).

Jadi pendek cerita malam tok lok, esok sambung gik....harap kitak orang sik boring sebab panjang cerita pasal kamek ajak. Tapi penulis mestilah ada advantagenya jadi urang muder!!Kitak orang jadi pesauk jak lah!! Kalau mau jadi urang Muder, post new commentlah, kongsi kisah & pengalaman sendiri masa diam diLos dolok. chalo.....

Friday, November 21, 2008

Selamat Kembali keLos company Miri

Salam dan Selamat berjumpa kembali pada semua member ex-penghuni Shell Quarters di Miri yang lebih dikenali dengan nama LOS Miri. Perkataan LOS adalah datangnya dari bahasa urang putih iaitu LODGE, yang bererti, carilah sendiri lam Dictionary!!!!

Penempatan nok nama LOS ya masa dolok melingkungi area Los panjang (masa tok dah jadi Imperial Mall), Los Katon & Los perintah (area Pos office & Telekom), Los dibah & Los SEDCO (area Syed Othman School & Masjid Besar Miri) dan Los Cermin (dah jadi Miri City Fan, Public Swimming pool & Stadium Bolasepak dan Stadium tertutup).

Dalam banyak banyak Los disebut diatas, LOS CERMIN & MACHINDA CLUBlah banyak meninggalkan kenangan manis. Kita jumpa lagi dimasa akan datang.....